Thursday, 8 December 2011

SILA BACA, TERKINI

Kelulusan cuti belajar bagi semua pelajar PPG boleh didapati di Unit Latihan dan Kemajuan Staf di JPN SABAH tingkat 4. Kelulusan ini amat penting untuk kita diberi kenaikan gred DG41. jangan sesekali hilang. Selepas sahaja mengambil surat kelulusan itu, berikan salinan kepada buku rekod perkhidmatan kita dan kepada sekolah.

Saya mengharapkan kepada semua bahan Subjek Dr. Rosy dan PM Dr. Baharom, bolehlah email kepada saya ppgums@yahoo.com untuk kita bersama-sama berkongsi maklumat dan nota. Kita sama juga dalam opsyen Matematik mesti saling bantu membantu.... Ok cikgu-cikgu,

Seterusnya mengenai baju, hanya opsyen Matematik sahaja yang belum membuat baju, sesiapa yang ingin memberi cadangan bolehlah beri cadangan di MARI BERCHAT dan kirimkan gambar ke email ppgums@yahoo.com.

Dan satu perkara yang hendak diutarakan adalah mengenai kehadiran. BPG telah mengutarakan rasa kecewa mengenai kehadiran(kita tidak tergolong) . Saya mengharapkan bahawa pastikan kehadiran diambil berat untuk kita sama-sama menjaga perkara ini. Dan YANG KEDUA ADALAH KEPUTUSAN SEMESTER UNTUK PROGRAM PPG INI ADALAH RENDAH, KUALITI MESTI KITA SAMA-SAMA TINGKATKAN TERUTAMANYA ETIKA BERPAKAIAN, MASA dan MARKAH KITA.... maka itulah kita mesti saling bantu membantu untuk mempastikan opsyen Matematik di UMS ini tidak tergolong dalam kekecewaan BPG. OK cikgu...,

Monday, 5 December 2011

Selamat Datang ke Portal PPG UMS Ambilan Mac 2011

Selamat datang ke portal ini kepada semua guru-guru yang mengikuti PPG di Universiti Malaysia Sabah ambilan Mac 2011. Dalam blog ini kita bolehlah berbincang dan memberi pendapat dari segi kuliah ataupun tugasan. Biarlah kita sama-sama lulus dan sama-sama memegang Ijazah. Kita mestilah bantu membantu sesama kita dalam opsyen kita ini (Matematik). Janganlah kita sesekali lokek(bakhil) untuk membantu rakan-rakan kita..... Ok Cikgu apa-apa selamat berdiscuss di MARI CHAT.... Sekiranya ada gambar-gambar yang hendak di post dalam portal ini, bolehlah emel di ppgums@yahoo.com. Saya akan postkan. Sekiranya ada cadangan untuk memeriahkan suasana portal ini boleh berikan cadangan.